Pemuda Umno berusaha jadi wadah perubahan masa depan agama, bangsa lebih baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menyahut seruan Kelab Veteran Umno untuk membawa suara perubahan kepada parti itu.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan sayap Umno itu berusaha membawa perubahan demi untuk masa depan agama dan bangsa yang lebih baik.

“Perubahan demi perubahan. Walaupun sedikit demi sedikit tetapi Pemuda Umno tetap konsisten untuk membawa suara perubahan demi untuk masa depan agama bangsa yang lebih baik.

“No fear,no surrender! Pemuda cara kita! tegas Dr Akmal.

Terdahulu, Kelab Veteran Umno menyeru parti itu harus menjadi wadah untuk generasi muda yang mahu perubahan, jika mahu kekal relevan dalam arus politik semasa.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakob, berkata Umno harus berani berubah walaupun sukar diterima oleh golongan ‘panglima’.

Lagipun, katanya lagi, golongan muda membentuk kumpulan pengundi yang besar.

“Umno mesti mengikut cita rasa mereka yang mahukan perubahan. Umno mesti berani berubah walaupun sukar untuk diterima oleh segelintir mereka yang merasakan merekalah ‘warlord’ yang boleh menentukan segala-galanya dalam parti,” katanya dalam kenyataan.

Mustapha mengulas kenyataan Naib Presiden, Datuk Seri Johari Ghani yang mahu lebih ramai pelapis muda menerajui Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Beliau berkata golongan muda perlu dikenal pasti daripada awal dan dibimbing oleh veteran berpengalaman, dan diturunkan ke lapangan agar rakyat mengenali mereka sebelum musim PRU.

“Orang lama juga sewajarnya mengenal pasti bakal-bakal calon itu dalam kalangan tokoh muda di bahagian masing-masing secara profesional tanpa terikat dengan kroni dan keluarga,” kata Mustapha.

Dalam pada itu, beliau menyokong cadangan Johari agar pemimpin muda dinamakan sebagai calon wakil rakyat sebelum musim PRU, berdasarkan kepada pengalaman buruk yang dilalui Umno sebelum ini.

“Pengalaman yang lepas calon hanya akan dinamakan setelah Parlimen dibubarkan. Ini akan menimbulkan masalah seperti sabotaj dalam kalangan mereka yang tidak terpilih yang berkesudahan dengan kekalahan,” katanya.

“Sekiranya calon dikenal pasti lebih awal maka unsur sabotaj itu dapat diatasi atau dikurangkan kerana mereka mempunyai masa yang lama untuk memujuk mereka yang tidak dipilih,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat