Kementerian Pertahanan sedang teroka kerjasama industri pertahanan dengan negara luar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan ingin memastikan bahawa sebarang pembelian aset ketenteraan tidak berakhir dengan pembelian, sebaliknya, ia membawa kepada perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan dan mengukuhkan kedua-dua industri pertahanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan kini sedang meneroka peluang untuk industri pertahanan tempatan mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat luar, misalnya dalam penyelidikan dan pembangunan bersama, serta pemindahan teknologi.

“Kesemua ini cukup penting dalam membina keupayaan dan kemampuan industri pertahanan agar dapat mengurangkan tahap kebergantungan Malaysia kepada negara luar.

“Saya telah tekankan bahawa syarikat asing yang berhasrat membekalkan aset ketenteraan Malaysia perlu bersedia membantu negara membangunkan sektor tertentu untuk menyumbang kepada industri pertahanan tempatan.

“Kerajaan ingin memastikan bahawa sebarang pembelian tidak berakhir dengan pembelian, sebaliknya, ia membawa kepada perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan dan mengukuhkan kedua-dua industri pertahanan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Khaled menjelaskan, sebahagian daripada lawatan kerjanya ke Republik Türkiye, beliau telah mengadakan lawatan industri ke syarikat-syarikat di bawah ekosistem pertahanan Republik ini, iaitu Aselsan dan Mechanical and Chemical Industry Corporation (MKE).

“Syarikat Aselsan memberikan penumpuan terhadap teknologi-teknologi sistem pertahanan bersepadu, radar, peperangan elektronik dan teknologi komunikasi dan maklumat.

“Manakala MKE pula memfokuskan pada senjata, peluru, roket, bahan letupan dan bahan kimia.

“Saya berpeluang mendengar taklimat dan melihat sendiri operasi kedua-dua syarikat ini, yang mana cukup penting dalam sebarang kerjasama antara industri tempatan negara dan Türkiye.

“Kesempatan yang ada turut digunakan untuk lawatan fasiliti di Aselsan dan kilang kartrij senjata kecil yang dibangunkan oleh MKE,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat