Fahmi arah MYGCC kumpul data panggilan isu subsidi diesel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mahu Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) merekodkan data jumlah panggilan dan persoalan diterima daripada orang ramai berkaitan isu subsidi diesel yang baru dikuatkuasakan.

Bercakap kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Jun 2024, beliau berkata data berkenaan diminta untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pasca-Jemaah Menteri.

“Di pihak kementerian, kita akan teliti sekiranya ada perkara-perkara yang konsisten dibangkitkan (berkenaan isu subsidi diesel), kita akan panjangkan kepada kementerian berkaitan dan Jemaah Menteri,” lapor Bernama pada Selasa.

Fahmi pada masa yang sama juga mahu MyGCC dapat menjawab persoalan dibangkitkan pemanggil mengenai isu subsidi diesel dengan baik, tuntas, dan ringkas.

Pada Ahad, kerajaan mengumumkan harga runcit bahan api diesel ditetapkan RM3.35 seliter bermula semalam di Semenanjung, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

MyGCC merupakan pusat sehenti dengan nombor tunggal, 03 8000 8000, yang menjadi gerbang komunikasi menghubungkan rakyat dengan agensi-agensi kerajaan.

MyGCC menawarkan perkhidmatan penerimaan pertanyaan, aduan, bantuan pemindahan talian, cadangan, dan maklum balas rakyat melalui saluran panggilan, Chatbot, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), e-mel dan media sosial (Facebook, Instagram, X) beroperasi 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat