Sebelum Ini Mahathir Kata Saya Curi Duit 1MDB, Kini Mahathir Kata Tiada Bukti – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak menerima faedah atau mencuri wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana pihak lain.

Beliau yakin sekiranya didakwa berkaitan kes 1MDB atas alasan politik, mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Najib berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menyatakan tidak mudah untuk menahan dan mendakwanya di mahkamah walaupun sebelum ini telah meyakinkan rakyat kononnya beliau (Najib) mencuri berbilion dana 1MDB.

“Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter hari ini.

Media melaporkan Dr Mahathir, semasa majlis makan malam dengan rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di Jepun pada Ahad malam, sebagai berkata: “Ia bukannya mudah. Kami perlu mencari bukti kukuh untuk dikemuka di mahkamah.”

Menurut Najib, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan bahawa kertas pertuduhan yang didakwa telah disediakan untuk mendakwa beliau pada 2015, adalah tidak benar.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan mendakwa perkara itu merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menggulingkannya dengan menggunakan individu tertentu dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata jemaah haji Malaysia yang pernah dibiayai 1MDB untuk ke Tanah Suci tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan adalah dari sumber yang halal.

“…kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya,” kata Najib. – BERNAMA

9 thoughts on “Sebelum Ini Mahathir Kata Saya Curi Duit 1MDB, Kini Mahathir Kata Tiada Bukti – Najib

  • June 12, 2018 at 8:48 pm
    Permalink

    salam …kalau tak curi duit 1mdb tak apa lah…tak usahlah bising2 ..duk diam je… buat apa takut? berani kerana benar… biarlah penyiasatan habis dulu barulah dapat kata putusnya ya tak? terima kasih rakyat yang memilih….kita nak lihat selama ini fitnah ,tohmahan ini berasas atau palsu! kenapa selama ini asyik elak debat yang dicadangkan….! kenapa? kenapa tidak berani bersemuka dengan pendebat2 secara langsung??? kenapa???? kalau tidak curi kenapa takut,elak???? insyallah allah maha adil maha berkuasa …. jangan ingat yang diatas tidak akan jatuh,begitulah disebaliknya… jangan pandang rendah pada rakyat ..jadi pemimpin disebabkan olih rakyat yang memilih…bukan kejar jawatan tapi bertanggunjawab kerana dipilih…. ada kah begitu yg dilakukan dulu… tanyalah diri sendiri.. jgn tanya kroni ,kuncu2 … jgn salahkan orang lain!!!!!!

    Reply
  • September 20, 2018 at 8:41 pm
    Permalink

    perompak didakwa tuduh sumbat msk penjara seumur hidup… penyangak ni rompak duit rakyat ingat bolih lepas ke? kebenaran takleh tutup punya? rosmah kroni2 dakwa sumbat sekali usah tangguh lagi dulu dia tk ingat rakyat.. sapa memang sapa betul? awak tk leh lepas punya terlampau byk kes tak pernah berlaku didunia? tamak haloba penyamun..terbukti perompak penyamun pencuri…langit tu tinggi weh…. duk dlm lah ya…baru tahu rasakan!

    Reply
  • September 20, 2018 at 8:45 pm
    Permalink

    buang masa je…takyah sibuk2 lah..tunggulah nasib ya…bolih lepas ke bolih lari ke? penjara dah booking … penyangak penyamun perompak tak malu2 ker weh?

    Reply
  • September 30, 2018 at 8:45 pm
    Permalink

    tunggu curi ke rompak samun ke tunggu hukuman ya..untung 2 kedalam penjara sedia menanti..dont worry ada rezeki ada lah tu. dunia tahu dah..tak leh sorok tepis elak… bala salah kau da tiba bukan ujian pun… takbur bongkak korup..

    Reply
  • September 30, 2018 at 8:47 pm
    Permalink

    sapa pun meluat benci sampah semak penyamun… tepis lah elak lah sorok lah kuasa allah swt tk leh lawan punya!!!! da terbukti…yahoo..

    Reply
  • September 30, 2018 at 8:49 pm
    Permalink

    usah mimpi lah nk lepas!! byk kes susul satu..satu. … tk dpt tipu lagi woi.. dapat apa kau buat dulu ya..bye bye

    Reply
  • September 30, 2018 at 8:50 pm
    Permalink

    memang kau curi pun..penyamun…

    Reply
  • November 19, 2018 at 8:35 pm
    Permalink

    Isu nfc.felda.felcra.sirul .azilah.
    Altantuya.. scorpene.. byk lagi skandal2 yg akan menyusul nanti…ramai lagi akan didakwa baru kita tahu betapa rakus kejam khianat rasuah spesis2 yg menyamun duit negara duit rakyat!!! Ikutan pedoman korang duit ..harta.. jawatan .. tu yg kejar2 sgt??? Apa fungsi mkn dulu?? Cuba siasat?? Majlis keselamatan negara?? Perjalanan urusan kewangan mkn??? Mgkn ada yg tk kena??

    Reply
  • November 19, 2018 at 8:38 pm
    Permalink

    Scorpene.. nfc..duit juta2 dlm rumah?? Byr jamin juta??? Mana dapat duit?? Atau duit haram ada dlm simpanan penyangak2 yg belum ditangkap??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.