Agong Perkenan Kurangkan Gaji dan Emolumen 10 Peratus

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap bebanan hutang dan keadaan ekonomi negara ketika ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas sebab itu Sultan Muhammad V perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus.

Katanya, Sultan Muhammad V turut tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Padukan Baginda Tuanku juga ingin bersama rakyat menunaikan tanggungjawab.

“Baginda juga bertitah agar gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan baginda sehingga 2021,” kata Wan Ahmad dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada masa sama, Wan Ahmad berkata, Sultan Muhammad V bertitah untuk tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara.

“Anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah Terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik,” katanya. – mstar

One thought on “Agong Perkenan Kurangkan Gaji dan Emolumen 10 Peratus

  • June 15, 2018 at 6:43 pm
    Permalink

    ALHAMDULILLAH MENJUNJUNG KASIH KEBAWAH DULI TUANKU YANG BERKENAN GAJI DAN EMOLUMEN TUANKU DIKURANGKAN .. ADALAH KAMI BERBESAR HATI DAN BERBANGGA SEKALI DIATAS KEMULIAAN HATI TUANKU BERSAMA – SAMA RAKYAT BERKONGSI KESUSAHAN INI.. MARILAH KITA SAMA -SAMA MENDERMA SETAKAT MANA YANG KITA MAMPU. DAN PADA YANG KOMEN TERBUKA PADA INSTITUSI MAJLIS RAJA-RAJA HENTIKANLAH KERANA ADAP SANTUNI, ETIKA , BUDI BAHASA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA , JANGAN DIULANG LAGI …KITA SANJUNG SERI PADUKA YANG DIPERTUAN AGUNG DAN MAJLIS RAJA-RAJA .. KITA MESTI JUNJUNG DAN HORMATI SEBILANG MASA… SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.