Welson Sim Raih Pingat Emas Pada Mare Nostrum Tour

KUALA LUMPUR – Perenang, Welson Sim memperbaiki rekod kebangsaan 400 meter gaya bebas miliknya apabila memenangi pingat emas pada Mare Nostrum Tour di Monte Carlo, Monaco.

Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 3 minit 49.48 saat bagi meraih pingat emas dan memadamkan rekod kebangsaan 3 minit 50.33 saat yang dicatatkan beliau pada Kejohanan Renang Kumpulan Usia Kebangsaan Singapura pada Mac tahun lalu.

Tempat kedua dimenangi perenang Australia, Mack Horton yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio dengan catatan masa 3 minit 50.13 saat manakala pingat gangsa milik perenang China, Qiu Ziao dengan catatan masa 3 minit 51.18 saat.

Welson merupakan perenang kedua memenangi pingat pada Mare Nostrum Tour selepas Phee Jinq En melakukannya pada tahun lalu.

Perenang wanita itu memenangi pingat perak acara 100 meter kuak lintang. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.