Sufian Suhaimi Pula Didakwa Goda Isteri Orang

Selepas pelakon Shukri Yahaya, penyanyi Sufian Suhaimi pula didakwa mengganggu seorang wanita berstatus isteri orang menerusi aplikasi sembang Bigo Live.

Seorang pengguna laman sosial tersebut telah memuatnaik beberapa entri di laman sosial Twitter, malam tadi (Sabtu).

Menurut lelaki tersebut, dia terkejut apabila seorang lelaki menegur isterinya menggunakan nama Sufian Suhaimi dan menyangkakan akaun tersebut palsu pada mulanya, lapor AstroGempak.

Tidak berakhir di situ, dia mengambil keputusan untuk menyamar sebagai isterinya dengan tujuan mahu menguji pengguna yang menggunakan nama samaran ‘Sufian Suhaimi’ di laman sembang tersebut.

Sehubungan itu, lelaki tersebut terkejut selepas ‘Sufian Suhaimi’ menghantar foto-fotonya menerusi ruangan sembang.

Dia mulai yakin lelaki yang berbual dengannya di laman sembang Bigo Live adalah Sufian, kerana foto-foto yang dihantar ‘asli’ dan tidak terdapat di Instagram atau di enjin carian Google Im Google.

Selepas memuatnaik foto Sufian dan perbualan yang berlaku di antara penyanyi tersebut dan ‘isterinya’, lelaki tersebut menampilkan video sembang sebagai bukti.

Sementara itu, pengguna laman sosial Twitter telah meninggalkan pelbagai reaksi kepada lelaki tersebut termasuk yang menyokong tindakannya memviralkan perkara ini.

Namun, perkara ini mengundang kemarahan Sufianators dan menganggap lelaki tersebut ‘menggali lubang kuburnya’ sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.