PPBM Cakap Tak Serupa Bikin

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menuduh bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan dedak dan rasuah menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Bermacam-macam tuduhan dibuat termasuk kononnya ia untuk mengumpan pengundi pada pilihan raya umum (pru) ke-14 ini.

Mahathir juga menghina penerima BR1M dan katanya perbuatan menerima BR1M adalah menyalahi undang-undang dan agama kerana ia dianggap rasuah.

Namun menerusi gambar-gambar yang tersebar menerusi media sosial, nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang mengumpul barang-barang untuk diberikan kepada orang ramai.

Bantuan berkenaan berupa barang-barang kegunaan harian seperti beras, susu, gula dan banyak lagi yang disimpan di satu tempat sebelum diagihkan.

Selain itu jga terdapat bubur lambuk yang dicopkan dengan lambang PPBM. Gambar-gambar ini telah menyebabkan netizen membidas PPBM yang cakap tak serupa bikin.

Mereka menuduh sesuka hati apabila Perdana Menteri memberikan bantuan khas kepada rakyat Malaysia, seolah-olah ia merupakan satu kesalahan yang amat besar.

Kalau BR1M dituduhnya sebagai dedak dan rasuah, maka apakah pula ini?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.