Pemuda Cedera Dua Belah Mata Akibat Letupan Mercun

TEMERLOH – Seorang pemuda berusia 23 tahun menjadi mangsa pertama mercun dilaporkan di negeri ini apabila cedera di kedua-dua belah mata akibat letupan bahan tersebut.


Mohammad Farid Ismaitim yang berasal dari Jengka, dekat sini mengalami kecederaan akibat letupan mercun pada Rabu lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, ekoran kecederaan itu, mangsa dihantar ke Hospital Jengka sebelum dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan.


“Pembedahan kecemasan dilakukan pada 8 Jun lalu selepas mata kiri mangsa didapati mengalami kecederaan serius manakala mata sebelah kanan cedera di bahagian kornea. 


“Keadaan mangsa pada masa ini stabil dan berkemungkinan rosak penglihatan mata kiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.