Menyamar Teman Wanita, Duduki Peperiksaan

Harare – Seorang penjaga peperiksaan menangkap seorang lelaki yang cuba menduduki peperiksaan untuk teman wanitanya.

Menurut Portal berita NAIJ.com, lelaki itu menyamar seperti wanita dengan memakai rambut palsu dan mekap untuk memperdaya penjaga peperiksaan.

Bagaimanapun, pegawai menyedari ada sesuatu yang tidak kena lalu memanggil lelaki berkenaan ke depan.

Sehubungan itu, selepas disoal siasat, dia akhirnya mengaku cuba menduduki peperiksaan itu untuk teman wanitanya, lapor Metro.

Lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pegawai keselamatan yang menanggalkan rambut palsunya sebelum diserahkan kepada polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.