Lima Sekeluarga Maut MPV Dihempap Treler

JEMPOL – Tujuh maut termasuk lima dipercayai sekeluarga rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Ladang Risda Palong, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

Dalam kejadian sekitar 2 petang itu, treler yang dipandu dari arah Kratong dipercayai hilang kawalan sebelum menghempap lima mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora.

Sementara itu, suami isteri yang menaiki kenderaan jenis Perodua MyVi tercampak dari kenderaan mereka dan meninggal dunia di tempat kejadian. Bagaimanapun, dua anak mangsa terselamat.

Sementara itu, penumpang kereta jenis Toyota Vios yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan.

Bagaimanapun, pemandu treler terselamat dalam kejadian itu.

Anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jempol, Bahau dan Simpang Pertang dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 2.20 petang. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.