Lelaki Terbunuh Akibat Lompat Keluar Daripada Teksi

SINGAPURA – Seorang lelaki terbunuh selepas didakwa melompat keluar daripada sebuah teksi yang sedang bergerak di Bedok Reservoir Road awal pagi tadi.

Menurut The Straits Times, ketika kejadian, mangsa dikatakan bersama seorang wanita dalam teksi itu.

Akhbar tersebut kemudian memetik laporan Lianhe Wanbao sebagai berkata, mangsa dipercayai melompat keluar daripada kenderaan itu selepas bertengkar dengan wanita terbabit.

“Lelaki berusia 22 tahun yang tidak sedarkan diri selepas insiden itu kemudian dibawa ke Hospital Besar Changi. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia di sana,” kata seorang jurucakap polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.