Ibu Minta Polis Tahan Anak Dalam Lokap Lama-Lama

KAMPAR — Seorang wanita mahu polis menahan anak lelakinya yang ‘degil’ ditahan dalam lokap lebih lama kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di Kilometer 4 Jalan Gopeng – Batu Gajah, lapor Harian Metro.

Remaja 19 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kampar dalam Operasi Samseng Jalanan/Ops Roda, lapor Harian Metro.

“Lokapkan saja anak saya itu lama-lama tuan… degil, cakap banyak kali tak nak dengar,” kata ibu kepada penunggang motosikal itu.

Ketua polis daerah Kampar berkata pihaknya mengeluarkan 26 saman melibatkan kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan lesen tamat tempoh.

“Sebanyak lima motosikal pelbagai model turut disita kerana melakukan pelbagai kesalahan,” kata Supt Ng Kong Soon.

“Selain tangkapan terhadap lelaki tempatan berusi 19 tahun bersama sebuah motosikal Honda EX5 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.”

Lelaki itu disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.