Harimau Malaya Dapat Bas Baharu

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya mendapat suntikan semangat tambahan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Lubnan, Selasa ini, apabila menerima bas pasukan yang baharu.

Bas berwarna hitam dan dihiasi dengan logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu dihadiahkan presidennya sendiri, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, lapor BH.

FAM dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, sebentar tadi menulis, “FAM dan barisan pemain serta kakitangan skuad kebangsaan menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden FAM atas kurniaan sebuah bas baharu kepada pasukan kebangsaan.

“Bas ini akan digunakan oleh skuad kebangsaan untuk menghadiri sesi latihan dan perlawanan dalam negara pada masa akan datang,” tulis kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.