Exco Armada PPBM Desak Isu Kekayaan Luar Biasa Anak Mahathir Dijawab Segera

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu yang dilihat tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa.

Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai soalan diajukan oleh ahli peringkat akar umbi mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga skandal Nika Ghee dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bagaimana pun semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh mereka yang berkenaan ketika mesyuarat bersama dan saya sendiri menghantar pesanan ringkas kepada Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetapi semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.

“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti adalah sia-sia,” jelasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau yang juga Exco Biro Ke­selamatan Armada bersama lebih 30 ahli PPBM hadir menyatakan sokongan dan mendesak agar pe­mimpin parti memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Muhammad Hafiz berkata, anak muda benar-benar mahu berjuang untuk parti tetapi jika pucuk pimpinan yang ada tidak mampu memberikan semangat yang sama, lama kelamaan keyakinan mereka semakin hilang.

“Dahulu mereka menjanjikan satu perjuangan yang bersih, tetapi kini mereka sendiri tidak bersih dengan skandal dan isu yang tidak dapat diselesaikan,” katanya. – UTUSAN

2 thoughts on “Exco Armada PPBM Desak Isu Kekayaan Luar Biasa Anak Mahathir Dijawab Segera

  • August 14, 2017 at 11:41 am
    Permalink

    Parti Becah Belah Melayu(PPBM) ni baru setahun hidup dah pecahbelah, parti ni jgn bg nama BERSATU. bg nama BERPECAH. mcm ne nak memerintah?? hancur Malaysia ni

    Reply
  • August 14, 2017 at 11:44 am
    Permalink

    “Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti adalah sia-sia,” yg bodoh pegi sokong buat apa??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.