Doktor Terkejut Temui Objek Seperti Cacing Dalam Perut Seorang Lelaki

Sepasukan pakar bedah telah membuang usus besar sepanjang 30 inci dengan berat hampir 1 kilogram daripada perut seorang lelaki di Hospital Shanghai di China.

Lelaki berusia 22 tahun itu, yang tidak dinamakan, dipercayai menghidap penyakit Hirschsprung di mana saraf yang mengawal usus dan membantu menolak najis keluar telah tiada dan mengakibatkan najis tersumbat.

Pesakit berkenaan mengalami sembelit dan terpaksa bergantung kepada ubat untuk membuang air besar selama bertahun-tahun.

Ia mengakibatkan perutnya membesar, seperti wanita mengandung.

Namun mujurlah pasukan pakar diketuai Dr Yin Lu telah berjaya membedahnya dalam masa tiga jam dan menghapuskan kesakitan yang ditanggungnya itu.

“Saya sangat terkejut melihat perutnya, ia kelihatan seperti mahu meletup pada bila-bila masa.

“Lelaki ini mengalami kesakitan untuk tempoh yang lama dan terpaksa juga mendapatkan rawatan doktor akhirnya,” kata Dr. Yin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.