Christiano Ronaldo Dapat Anak Kembar

LISBON – Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjadi ayah kepada pasangan kembar yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang, lapor media Portugal, di sini, semalam.

Menurut AFP, laporan menyatakan pasangan kembar lelaki dan perempuan yang diberi nama Eva dan Mateo itu, lahir pada Khamis oleh seorang wanita yang tinggal di sebelah pantai barat Amerika Syarikat (AS).

Kapten Portugal itu sudah pun memiliki seorang anak lelaki bernama Cristiano Junior yang dilahirkan pada 2010.

Ia turut dilahirkan menerusi ibu tumpang namun dia tidak pernah mengesahkan perkara itu.

Dalam pada itu, Akhbar tabloid British, The Sun melaporkan pemenang empat Ballon d’Or itu bakal menjadi ayah kepada pasangan kembar, Mac lalu.

Penyerang berusia 32 tahun itu sedang berpacaran dengan model Sepanyol, Georgina Rodriguez.

Laporan ini muncul selepas dunia selebriti turut menyambut satu lagi pasangan kembar, Ella dan Alexander yang dilahirkan oleh Amal Clooney, isteri kepada, George Clooney, awal minggu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.