Che Ta Lepas Geram, Digoda Kaum Sejenis?

Dek kerana tidak tahan dengan tindakan penyanyi baru Della Delon yang didakwa memanggilnya sayang, Rozita Che Wan bertindak memuat naik entri melepaskan geram di Instagramnya.

Menerusi kapsyen yang ditulis Che Ta, jelas menggambarkan isteri kepada pelakon Zain Saidin itu tidak suka dirinya diganggu Della.

“Allah dah bagi kau jadi perempuan kau nak jadi jantan!!! Dah jadi jantan kau nak kacau bini orang !! Kau nak jadi apa sebenarnya? Kau nak jadi Syaiton Ka?? Kau dok bersayang-sayang dengan bini orang…muntahla dik!!.

“Bulan puasa ni muhasabahlah diri!!!..nak jadi apa pun tak kisah asal jangan kacau hidup orang lain. Ini jalan terakhir terpaksa ambil atas kedegilan kau!!! Pujuk tak makan saman. Marah pun tak heran, ni je makan kau..terpaksa up gambar muka ala-ala jantan kau dik! DELLADELON,”tulis Che Ta menerusi kapsyenya.

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 10 ribu likes dan 1,400 komen, lapor AstroGempak.

Rata-rata pengikut Instagram mengecam tindakan Della kerana tidak sopan didakwa mengganggu Che Ta, memanggilnya dengan gelaran sayang dan mengeji cubaan penyanyi baru itu menggoda kaum sejenisnya.

Della sebelum ini pernah dikecam kerana vokal kepitnya menerusi lagu nyanyiannya, Persia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.