Beruang Matahari Sesat Masuk Sekolah

BATU KURAU — Seekor beruang mahatari dikesan dua hari berturut-turut merayau di sebuah kampung dan memasuki sekolah kebangsaan di sini.

Kehadiran haiwan itu, dipercayai tersesat daripada habitatnya,berkeliaran di kawasan berhampiran dengan pekan Batu Kurau untuk mencari sumber makanan

Bomba dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dihubungi untuk mengesan haiwan itu, lapor ProjekMMO.

Sementara itu, Tajudin Ibrahim berkata ini pertama kali berdepan kejadian itu sepanjang 14 tahun menjadi ketua kampung itu, dekat sini.

Namun beliau tidak menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung kerosakan tanaman atau tindakan agresif haiwan liar itu.

Tajudin berkata terdapat pekerja Sekolah Kebangsaan Batu Kurau yang sempat mengambil foto haiwan itu yang masih kecil dan tidak agresif.

“Ada pekerja sekolah berjaya menangkap gambar haiwan itu dan difahamkan haiwan itu seolah-olah jinak tanpa mengapa-apakan penduduk yang terserempak dengannya,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.