Anak Muamar Gaddafi Dibebaskan

BENGHAZI – Saif al-Islam Gaddafi, anak pemimpin Libya, Muamar Gaddafi yang digulingkan, sudah dibebaskan oleh kumpulan bersenjata yang menahannya sejak 2011 di bandar Zintan, menurut peguamnya dan juga kenyataan pihak tentera.

Menurut Reuters, Peguam dan pasukan itu berkata, beliau dibebaskan di bawah undang-undang pengampunan yang diluluskan Parlimen yang berpangkalan di timur Libya.

Peguamnya, Khaled al-Zaidi berkata, Saif al-Islam menuju bandar lain di Libya, namun tidak boleh dinyatakan atas sebab keselamatan. Laporan sebelum itu bahawa Saif al-Islam dibebaskan dari Zintan adalah tidak benar, lapor BH.

Pada 2015, mahkamah Tripoli menjatuhkan hukuman mati terhadap Saif al-Islam kerana jenayah perang, termasuk membunuh penunjuk perasaan semasa revolusi di negara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.