Video : ‘Saya Hormati Tun M’ – Mastura

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid berkata, beliau menghormati bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kedatangan Tun Mahathir di sini, esok bagi menyokong Deklarasi Rakyat anjuran Pakatan Harapan.

 

“Saya masih menghormati Tun Mahathir. Saya rasa Tun M buat masa ini sudah berusaha ke arah itu (menyokong pembangkang).

 

“Saya masih lagi berharap supaya pengundi-pengundi akan memikirkan untuk menyokong Barisan Nasional,”katanya pada sidang media yang diadakan di rumahnya disini, hari ini.

 

Terdahulu, Tun Mahathir menghadiri ceramah pakatan harapan di Sungai Besar, Selangor demi menarik pengundi-pengundi untuk menyokong pakatan pembangkang. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.