Video : Penoreh Getah Syukur Terima Bantuan Khas

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim.

 

KUALA KANGSAR – Penerima bantuan khas kejatuhan harga getah, melahirkan rasa syukur mereka kepada kerajaan kerana memberikan bantuan bagi meringankan bebanan mereka.

 

Seorang penoreh yang ditemui, Akmam Kamarudin yang ditemui sangat berbesar hati di atas bantuan yang duhulurkan kerajaan terutamanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Syukur Alhamdulillah, gembira. terima kasih banyaklah kepada PM, kerana dengan sumbangan ini sekurang-kurangnya bolehlah menampung, saya suka PM,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016, semalam.

Abdul Ali Mad Isa berkata, dia sangat terharu dengan penerimaan tersebut dan hanya ini sahaja bantuan yang diterimanya.

 

“Bantuan lain tak ada. Ini saja bantuan yang dapat,”katanya.

 

Terdahulu, YAB Perdana Menteri Najib Razak menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016 di Kuala Kangsar dan mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 untuk pekebun kecil getah serta penoreh getah di seluruh negara.

 

Bantuan yang bernilai RM194 juta itu dijangka akan memanfaatkan seramai 307,770 pekebun kecil dan 80,341 penoreh getah.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.