Mastura Boleh Keluar Mengundi – Mufti Perak

KUALA KANGSAR – Datin Mastura Mohd Yazid boleh melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

 

Bagaimanapun, katanya calon BN itu perlu menjaga adab, mematuhi etika berpakaian yang bersesuaian dan tidak terlalu menonjolkan diri kepada khalayak ramai.

 

“Mastura boleh keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya itu,” katanya.

 

Mastura, 55, pada sidang media di kediamannya hari ini berkata beliau akan merujuk kepada pakar agama sebelum memutuskan untuk hadir atau tidak ke pusat pengundian di SK Raja Perempuan Muzwin pada hari pengundian PRK itu.

 

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

 

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, AMANAH dan Bebas. — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.