Lebih Baik PAS Keluar Dari Pakatan, Kata Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR – ‎ Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menegaskan bahawa adalah lebih baik Pas keluar daripada Pakatan Rakyat kerana merasakan Pas mampu berdiri sendiri.

 

‎Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, tindakan itu juga dilihat cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut di antara parti itu dengan DAP di Selangor.

 

“Pimpinan baru kena konsisten dan kena ada prinsip, keluar daripada Pakatan dan Pas lebih baik berseorangan.

 

“Saya yakin Pas mampu berdiri seorang diri tanpa parti gabungan PKR dan DAP,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta  untuk mengulas kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Phua yang memberi kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk memilih DAP atau Pas  untuk mentadbir bersama di negeri Selangor.

 

‎Mengulas lanjut, Hanipa berkata, langkah Pas keluar daripada PR akan memudahkan pimpinan baharu Pas Pusat  untuk membuat sebarang keputusan yang tidak terikat lagi dengan kerangka PR.

 

“Pimpinan baru sepatutnya tak ada masalah untuk membuat sebarang keputusan tapi kalau dalam Pakatan, masalah ini mungkin akan berlaku, sebab itu saya kata Pas kena konsisten keluar daripada Pakatan,” ujarnya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.