Video : Tak Ada Jalan Untuk Sabah Keluar Malaysia – Lajim Ukim

Petaling Jaya – Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin menolak sebarang usaha yang cuba dilakukan oleh sesetengah pihak untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

Beliau ketika ditemui oleh wartawan SuaraTV sejurus selepas menghadiri mensyuarat Biro Politik, parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi berkata isu tersebut tidak timbul kerana pembangkang tetap dengan pendirian Sabah adalah sebahagian dari Malaysia.

“Tidak timbul soal pasal keluar Malaysia, kita sebenarnya kosisten walaupun berada di dalam pembangkang.

“Tetapi kita mahu kerajaan pusat dengar suara rakyat Sabah, kerana Sabah adalah sebahagian dari Malaysia” katanya.

Menurutnya walaupun negeri yang terkenal dengan gelaran ‘Dibawah Bayu’ itu adalah sebagian daripada Malaysia namun sering ketinggalan dalam semua aspek seperti pembangunan, ekonomi, prasarana, jalanraya, pendidikan dan lain-lain.

“Jadi sepatutnya suara-suara sumbang ini perlu difikirkan kerana tak ada jalan Sabah untuk keluar dari Malaysia, jadi kita (pembangkang).

“Kita (pembangkang) akan (tetap) pertahankan Sabah sebahagian dari Malaysia” ujarnya lagi.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah itu berkata perbuatan membuat kenyataan yang mempunyai elemen berbau hasutan sedemikian amat berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara serta perlu dibanteras segera sebelum menjadi lebih serius.

“Sejak kebelakangan ini, saya dapati banyak ‘posting’ di Facebook yang agak keterlaluan, yang boleh dianggap sebagai kegiatan subversif atau melanggar Akta Hasutan, terutama yang ada kaitan dengan perbuatan membakar semangat atau mengajak rakyat untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia atau Persekutuan.

“Kita kena ingat bahawa sejarah sudah terpahat bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan kita terdahulu dan saya kira tidak betul dan tidak harus ia dirungkai semula sehingga menyebabkan kita berpecah,” katanya pada Sabtu lalu.

Beliau berkata oleh itu, semua posting di media sosial yang mengandungi unsur hasutan mesti disiasat dan diambil tindakan segera kerana dikhuatiri akan menjadi lumrah selain boleh mengelirukan serta mempengaruhi pemikiran rakyat. Abdul Rahman berkata masa depan Sabah ialah dalam Malaysia dan pihak yang mempunyai masalah harus mennyelesaikannya mengikut saluran undang-undang, bukan memilih jalan menghasut rakyat kerana tindakan sedemikian tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Beliau berkata semua pihak harus menerima hakikat majoriti rakyat Sabah masih menyokong BN untuk menerajui kerajaan dan menganggap mereka yang cuba mengeruhkan suasana aman yang dinikmati penduduk Malaysia berbilang kaum, etnik dan agama di negeri ini adalah mereka yang kecewa dalam pilihan raya.

Katanya, pihak yang memilih untuk berbuat demikian adalah tidak rasional serta kurang bijak mencari penyelesaian masalah sedangkan ruang perbincangan dan rundingan sentiasa terbuka sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata kawasan parlimen berkenaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa antara agama bagi mempertingkat interaksi dalam kalangan pemimpin pelbagai agama dan kaum.

Beliau menyarankan agar perjumpaan pemimpin agama di kawasan parlimen itu diadakan selepas Hari Raya Puasa bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan ditubuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.