Thailand Tarik Balik Perintah Berkurung Di 20 Kawasan

Bangkok – Tentera Thailand memansuhkan perintah berkurung lewat malam di lebih 20 wilayah, tetapi perintah berkenaan masih kekal di Bangkok dan 50 wilayah lain.

Menurut laporan Bangkok Post, pengumumannya dibuat pada Selasa bagi memudahkan rutin harian orang ramai selain keadaan di wilayah tertentu yang aman.

Antara daerah berkenaan termasuk Phetchaburi.

Junta tentera Thailand mengeluarkan perintah berkurung di semua 77 wilayah pada 22 Mei lalu selepas rampasan kuasa tentera dilaksanakan ke atas kerajaan bagi mengembalikan keamanan daripada konflik politik negara ini.

Perintah berkenaan bagaimanapun secara beransur-ansur ditarik balik terutama di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong.

Bagaimanapun, perintah berkurung kekal di Chiangmai, kubu kuat bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan lokasi bantahan anti rampasan kuasa oleh penyokong Thaksin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.