Samsung Z :Telefon Pintar Pertama Guna OS Tizen

San Francisco – Samsung melancarkan telefon pintar terbaharunya menggunakan platform Tizen yang bermatlamat untuk memisahkannya dari Google Android dan menyifatkan peranti itu sebagai “Internet of Things.”

Pengeluar produk elektronik Korea Selatan itu mempamerkan Samsung Z, telefon pintar pertama yang dijana platform Tizen bagi membezakannya daripada majoriti peranti yang menggunakan sistem operasi Android.

Samsung berkata, Tizen adalah platform yang bukan hanya untuk telefon tetapi boleh disambung dengan peranti lain seperti peralatan rumah, mengunci pintu dan jam yang boleh berkomunikasi dengan orang lain pada masa depan.

Pengumuman produk terbaharu itu dibuat sehari selepas Apple melancarkan versi terbaharu sistem operasi telefon bimbit iOS.

Samsung Z yang direka untuk kegunaan platform Tizen akan mula dijual di Russia pada suku tahun ketiga tahun ini sebelum sampai di pasaran lain.

Kebanyakan peranti keluaran Samsung termasuk telefon pintar Galaxy S menggunakan sistem operasi Android. – AFP

 

Samsung z Spec

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.