Mahkamah Sahkan Izreen Azminda Sah Bercerai Talak Satu

Kuala Lumpur – Aktres Izreen Azminda semalam telah mengesahkan yang dia sudah pun bercerai talak satu dengan Muhammad Riza Baharuddin, pagi kelmarin.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Izreen, 29, yang dihubungi berkata, keputusan itu sekali gus meleraikan segala spekulasi dan konflik yang timbul berhubung keretakan rumah tangganya sebelum ini.

Isnin lalu, perbicaraan kes cerai pasangan ini telah berlangsung dalam keadaan tenang di Mahkamah Syariah Wilayah tanpa sebarang liputan dari wakil media.

Izreen dalam kenyataannya kepada Harian Metro berkata semuanya sudah selesai dan tiada sebab lagi untuk dia dan bekas suaminya itu untuk bermusuh selepas ini.

Aktres Izreen Azminda 2

 

 

 

 

 

 

 

Tambahnya, dia dan bekas suaminya akan terus bersahabat baik demi kebajikan anak mereka, Adrian Umar, 10 bulan.

Izreen pada masa yang sama turut menjelaskan keputusan cerai itu adalah yang terbaik untuk mereka berdua.

Baginya yang penting, mereka akan terus berkawan baik dan merasakan berkawan itu lebih baik daripada hidup bersama. Dia akur dengan ketentuan itu.

Izreen berkata, keputusan untuk berkawan dengan bekas suami di ambil demi kebaikan anak mereka. Dia juga tidak akan menyekat bekas suaminya untuk mengambil atau menjenguk anak pada bila-bila masa saja.

Media sebelum ini menyebut perceraian pasangan itu berlaku di lokasi penggambaran drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan di Pulau Pinang pada hujung Mei lalu dipercayai bermula daripada pertengkaran mereka.

Izreen mengeluarkan kenyataan mengesahkan mereka sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, Muhammad Riza berkata, mereka belum bercerai seperti dilaporkan tetapi sebaliknya dia baru saja memfailkan permohonan cerai di sini pada 14 Mei lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah dan mempunyai anak lelaki yang kini berusia 10 bulan.

Dalam pada itu, Izreen berkata, kegagalan rumah tangga bagaimanapun tidak akan menutup pintu hatinya untuk mengenali lelaki lain pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.