2 Lelaki Cuba Pecah Rumah Ditahan

Butterworth – Dua lelaki yang dipercayai aktif melakukan samun dan pecah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), berjaya ditahan semalam selepas cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Chai Leng.

Jurucakap polis berkata suspek berusia 28 dan 37 tahun itu ditahan oleh penduduk taman berkenaan yang ternampak mereka masuk ke kawasan belakang sebuah rumah di situ kira-kira jam 2.15 petang.

“Penduduk berkenaan termasuk dua pengawal peribadi seorang lelaki yang kebetulan berada di situ mendapati dua suspek cuba membuka pintu belakang rumah yang hendak dipecah masuk itu sebelum bertindak mengepung kawasan kediaman berkenaan,” katanya.

Jurucakap itu berkata berlaku pergelutan antara penduduk dengan dua lelaki tersebut yang cuba menyerang dengan menggunakan pemutar skru dan pisau sebelum mereka berjaya ditahan.

Katanya dua lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetapi itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan samun, curi kenderaan, rompak dan dadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.