Rafizi Sedia Letak Jawatan Menteri Jika Kalah Pemilihan PKR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Timbalan Presiden PKR, YB Rafizi Ramli menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi sekiranya gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Dalam siaran langsung podcast Yang Bakar Menteri, Rafizi berkata kekalahan dalam pemilihan tersebut akan memberikan ruang kepadanya untuk lebih bebas bersuara dan tidak lagi terikat dengan kekangan sebagai anggota pentadbiran.

“Kalau saya kalah, saya letak jawatan dan jadi ahli parlimen biasa. Saya bersyukur kerana ada hikmah. Saya tak dibebankan dengan tugas sebagai menteri dan saya lebih gembira kerana mulut dan tangan saya tak terikat,” ujarnya secara terbuka.

Beliau juga mengakui bahawa memegang jawatan menteri datang dengan tanggungjawab yang besar dan tekanan yang tidak mudah ditangani. Malah, katanya, banyak isu yang tidak dapat disuarakan secara terbuka termasuk keputusan pelantikan semula Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Sebelum ini saya anggota pentadbiran. Kalau saya tak setuju pun, contohnya Azam Baki dilantik semula, saya tak boleh sebut secara terbuka sebab ia keputusan Perdana Menteri. Jadi saya terpaksa tutup mulut,” katanya.

Rafizi turut menyebut bahawa beliau sering tidak sependapat dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dalam pelbagai isu, namun terpaksa berdiam diri kerana bimbang ianya akan mencetuskan persepsi konflik sesama anggota kerajaan.

Dalam pemilihan PKR akan datang, Rafizi dicabar oleh tokoh lama parti yang juga anak kepada Presiden PKR dan Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah yang baru-baru ini mengkritik secara terbuka pelantikan semula Azam Baki, dilaporkan menerima sokongan padu dari akar umbi parti, menjadikan laluan Rafizi untuk mempertahankan jawatannya lebih mencabar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat