Berhati-hati dengan scammer talian STR & SARA – MOF

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menasihatkan orang ramai sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

MOF dalam kenyataannya berkata, sindiket ini akan menghubungi orang ramai secara rawak dan meminta mereka membuat bayaran dalam jumlah yang besar.

Beliau mengingatkan orang ramai untuk terus membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan sedemikian.

Beliau berkata, pihaknya tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan nombor talian telefon rasmi MOF.

Katanya, pegawai MOF juga tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran dari orang ramai bagi sebarang tujuan.

Orang ramai disarankan membuat semakan status kelayakan STR /SARA dan soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my atau di talian 03-8882 4565/4566 untuk sebarang pertanyaan berkenaan kedua-dua bantuan tersebut, ”tambah kenyataan itu lagi. – Suara.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat