Gadis Telan Wang Kertas $9,000 Kerana Bimbang Diambil Kekasih

Sandra Milena Almeida berusia 28 tahun berasal di Bucaramanga,Colombia terpaksa dirawat dibahagian kecemasan disebuah Hospital Universiti Santander kerana menelan wang kertas dengan nilai $9,000.

Sandra Milena datang ke Hospital berkenaan pada 22 April lalu setelah mengalami sakit perut,kemudian doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan dengan segera.
Setelah melakukan pembedahan doktor terkejut kerana banyak helaian wang kertas bernilai USD100 setiap satu dalam perut dan Doktor dengan segera mengeluarkanya.

Pihak Hospital menghubungi polis kerana mengesyaki Sandra Milena terjebak dengan kegiatan jenayah.

Kejadian itu juga ramai pihak berpendapat Sandra Milena menelan wang kertas disebabkan rasa bimbang wangnya diambil kekasihnya.

Sandra Milena dilaporkan berkata,’dia dan kekasihnya telah mengumpul wang untuk berpindah ke negara Panama bagi tujuan mencari kehidupan lebih baik.

Pada masa sama hubungan cinta pasangan itu retak dan Sandra mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan.

Manakala kekasihnya mahu wang simpanan itu dibahagi kerana wang tersebut termasuk wang jualan sebuah motorsikal serta beberapa barang berharga lain miliknya.

Oleh kerana bimbang wang simpanan itu diambil oleh kekasihnya,Sandra Milena mengambil jalan singkat dengan menelan wang tersebut dengan cara mengulung dan membungkus dengan plastik dan mengikat dengan getah bagi mengelakan berlaku kerosakan.Beberapa ketika kemudianya perutnya terasa sakit.

Polis Bucaramanga menyisat kes berkenaan dengan teliti akhirnya membuat keputusan Sandra Milena tidak melanggar undang-undang dan beliau dibolehkan keluar dari Hospital itu dengan segera dan wang tersebut juga dipulangkna kepadanya.-Sandra Milena Almeida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.