Dapat RM9,449 Jika Tinggal Di Bandar Ini

LINGURIA – ITALI. Datuk Bandar Bormida menawarkan €2,000 (RM9,449) secara tunai kepada penduduk baharu sebagai satu inisiaif menambahkan populasi penduduk dan ekonomi tempatan.

Menulis di laman Facebooknya, Daniele Galliano berkata, bandar yang kini didiami 394 penduduk itu, akan memberikan €2,000 secara tunai dan tawaran lain seperti kadar sewa rumah murah iaitu hanya €50 (RM236) sebulan.

Bagi yang menginginkan rumah yang lebih luas, sewa berpatutan dikenakan serendah €120 (RM567).

Susulan tawaran itu, ramai orang yang bersedia untuk berpindah ke bandar kecil yang terletak di rantau Liguria itu.

Orang ramai termasuk dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan Hungary turut melahirkan minat tinggal di sana malah ada yang sanggup mengetapikan tawaran wang hanya untuk menjalani kehidupan yang lebih mudah.

Bagaimanapun, Daniele berkata, tawaran wang tunai itu masih dalam perbincangan dan perlu mendapat kelulusan lembaga tempatan, namun tawaran sewa murah akan disediakan dalam masa dua bulan.

Bandar berkenaan pernah menempatkan 1,000 penduduk pada tahun 1950an namun sejak akhir Perang Dunia Kedua, ia menyaksikan peralihan besar penduduk ke bandar.

Dengan bandar terdekat, Genos yang jauhnya 50 batu, Bormida mempunyai empat restoran, farmasi, pejabat pos yang dibuka tiga kali seminggu serta lawatan oleh doktor ke bandar itu sebanyak tiga kali seminggu.

“Tidak banyak benda yang boleh dilakukan di sini, namun kehidupan sangat mudah dan damai.

“Kami mempunyai hutan, kambing, gereja dan beberapa makanan yang enak. Kehidupan pasti bebas dari tekanan,” kata pengurus sebuah restoran tempatan kepada The Guardian.

Sementara itu, seorang ahli majlis yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu, rancangan itu masih dipertimbangkan namun sesiapa sahaja dialu-alukan untuk datang dan tinggal di sini.

“Kami sebuah komuniti kecil tetapi sangat mengalukan tetamu. Kami tinggal di kawasan pergunungan dan juga tidak jauh dari laut. Gaya hidup sihat dan udara yang sangat bersih,” katanya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.