Ceramah Nisfu Syaban Jadi Pembuka Tirai Sambutan UMNO Ke-71

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-71 malam ini dimulakan dengan ceramah agama oleh Ustaz Badlishah Alauddin pada pukul 6.30 petang tadi.

Pengisian ceramah antara lain menyentuh sambutan Nisfu Syaban yang jatuh mulai maghrib hari ini.

Sejurus selepas ceramah selesai, jemputan akan bersama-sama bersembahyang maghrib yang akan diimamkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dijangka menyampaikan ucapan perasmian pada pukul 9.30 malam nanti.

Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini telah dipenuhi dengan ahli UMNO yang memakai baju berwarna merah. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.