400 Ekor Burung Mati Langgar Bangunan pejabat

TEXAS – AMERIKA SYARIKAT. Hampir empat ratus ekor burung dalam sebuah kumpulan yang sedang berpindah (migrasi) mati minggu lepas selepas telanggar sebuah pejabat di Galveston.

Menurut laporan Telegraph, pekerja menemui bangkai burung-burung tersebut pada Khamis lalu di sekeliling bangunan American National.

Kumpulan tersebut dipercayai bermigrasi dari Afrika Selatan dan Afrika Tengah sebelum tiba di pantai di bandar Galveston.

Lebih 20 spesis burung pelbagai jenis mati dalam kejadian tersebut, kata Penyelia Servis Haiwan Polis, Josh Henderson.

Kata Josh, majoriti burung yang mati adalah dari spesis Nashville Warblers dan diikuti dengan spesis Blackburnian Warblers.

Josh bagaimanapun gagal memastikan sama ada kesemua burung berkenaan terlanggar bangunan terlibat secara serentak atau pada waktu yang berasingan.

Tiga ekor burung pula ditemui separuh mati dan telah dibawa ke pusat haiwan liar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.