4 Faktor Kenapa UMNO Parti Terkuat

BUKIT JALIL –  kejayaan parti UMNO selama 71 tahun mentadbir negara bukan datang dengan mudah tapi berlandaskan 4 faktor.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 4 faktor ini merangkumi aspek asas perjuangan, mendahulukan rakyat, dasar perjuangan yang relevan, serta visi dan tindakan.

“Yang pertama kita tidak pernah tinggal asas perjuangan parti kita, berpaksikan pada islam, melayu bumiputera dan rakya malaysia keseluruhan. kita tidak pernah abaikan, kita terus perkasakan lagi, islam diperkasakan, melayu terus diperkasakan.

“Yang kedua kerana kita meletakkan perjuangan kita untuk rakyat dari dulu sampai sekarang. kita berjuangan bukan untuk ahli umno sahaja, malahan untuk semua rakyat malaysia. kita bawa pembangunan untuk rakyat Malaysia…bila kita dahulukan rakyat, kita terus dapat kepercayaan rakyat.

“Yang ketiga, kita sentiasa relevan kerana dasar perjuangan kita amalkan adalah sesuai mengikut era dan zaman…

“Yang keempat kerana visi dan tindakan kita. kita bukan seperti pembangkang, pembangkang memang tidak sehaluan antara satu sama lain, tapi bukan dalam Barisan nasional,” katanya.

Dalam sambutan ini beberapa komponen politik dalam Barisan Nasional turut hadir bagi menyatakan sokongan.

Antaranya  MCA, MIC, MYPP, PBB, PRS, SPDP, SUPP, PBS, PBRS turut hadir dalam sambutan ulang tahun UMNO 71.

Turut menyertai sambutan Ulang tahun ini iaitu 191 bahagian UMNO di seluruh Malaysia.

Dalam ucapan Najib tadi, beliau meluahkan rasa sedihnya apabila terdapat bekas pimpinan UMNO yang di lihat cuba untuk menjatuhkan UMNO.

“Sungguh tidak disangka dan tidak pernah diduga ada satu dua bekas pimpinan negara, termasuk negarawan sanggup mengkhianat pimpinan kita, sanggup mengkhianat parti umno…

“Kita tak lupa, siapa yang mengajar kita DAP itu parti perkauman, siapa yang mendidik kita puluhan tahun, menanam kebencian kepada DAP yang rasis, seperti itu PAS dah anggap DAP musuh kepada islam dan kepada UMNO DAP musuh kepada melayu,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut kerjasama di antara PAs dan UMNO yang di lihat matang walaupun wujud perbezaan pandangan.

Dalam sambutan ulang tahun UMNO ke 71 ini, seramai 150 ribu orang telah hadir bagi menyatakan sokongan terhadap parti terkuat Di Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.