YADIM Harap Tanah Tabung Haji Dibeli Syarikat Berkepentingan Melayu Islam

SHAH ALAM – Kerajaan mempunyai matlamat besar semasa membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

 

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, tujuan asal kerajaan membeli lot tanah di situ untuk membangunkan sebuah hab sistem kewangan dunia.

 

“Ini salah satu program besar yang dirancang oleh kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa seperti di Singapura, UAE dan United Kingdom.

 

“Hasrat kerajaan untuk menceburi bahagian key economy area (kawasan ekonomi baru) seperti aspek perkhidmatan kewangan. Jika perkara ini dapat direalisasikan, ia pasti memberikan pulangan yang besar kepada pelaburan negara sekaligus melonjakkan ekonomi,” katanya, semalam.

 

Menurutnya, beliau berharap tanah di TRX akan dijual kepada syarikat ataupun institusi yang menjaga hak kepentingan Melayu dan Islam.

 

“Hartanah di kawasan tersebut mempunyai nilai sangat tinggi kerana lokasinya yang sangat strategik iaitu terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

 

“Namun, apabila Tabung Haji membuat keputusan untuk menjual tanah di TRX, saya berharap tanah itu akan dibeli oleh syarikat ataupun institusi yang menjaga hak kepentingan Melayu dan Islam,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.