Che Tah Penyebab Pemandu Di London Kemalangan

Penangan kejelitaan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta telah menyebabkan satu kemalangan berlaku ketika pelakon ini menghadiri satu sesi fotografi di London baru-baru ini.

 

Dalam ruang Cik Pang Harian Metro menyebut, pada awalnya dia hanya bergambar biasa-biasa. Kemudian jurugambar teringin mengambil gambar Che Ta di atas tembok berdekatan Marble Arch.

 

Demi mendapatkan hasil terbaik, Che Ta gigih memanjat tembok berkenaan walaupun waktu itu dia memakai kasut tumit tinggi lima inci. Apabila berdiri di atas tembok sekaligus perkara tersebut menarik perhatian orang ramai termasuklah pemandu di jalan raya ketika itu.

 

Ketika sedang bergaya di atas tembok, mereka terdengar bunyi dentuman kuat datangnya daripada kenderaan yang berlanggar.

 

Katanya, pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu menyatakan dia tidak sedar ada kereta di depannya kerana terlalu asyik memandang Che Ta di atas tembok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.