Video : Serang Macam Koboi

Kuala Lumpur – Bagaikan aksi filem koboi apabila seorang penjenayah bertindak melepaskan tembakan ke arah enam lelaki yang minum di depan sebuah restoran di Jalan Ipoh, di sini, menyebabkan seorang terbunuh manakala lima lagi parah, awal pagi semalam.

Difahamkan, lelaki menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hijau muda berhenti 80 meter sebelum keluar dan berpura-pura membuat panggilan telefon sambil berjalan menuju ke arah mangsa berusia 22 hingga 51 tahun.

Suspek melepaskan enam hingga lapan das tembakan ke arah mangsa yang bertempiaran lari menyelamatkan diri dan cedera terkena tembakan, antaranya di bahu, pipi serta kaki.

Seorang daripada mereka, S Saravanan @ Joe, 38, yang terkena tembakan di belakang kepala, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala mangsa lain dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Lima yang dilaporkan cedera tetapi stabil dikenali sebagai A Vickneswaran, 30; A Murugan, 51; TP Deeriyan, 28; S Gugan, 22, dan TP James, 33.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.