Pemilihan PKR 2014 Memalukan – Zuraida

Ampang – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin melahirkan rasa kesal dengan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang didakwa lemah dan tidak bersedia dalam pemilihan parti yang diadakan pada tahun ini.

Menurut Zuraida selain tidak bersedia, kegagalan JPP telah menyebabkan berlakunya kekecohan dan memalukan parti.

Berikut adalah kenyataan penuh Zuraida berhubung insiden yang memalukan itu.

KENYATAAN MEDIA
JPP GAGAL BANYAK CABANG TERBATAL

Majlis Pimpinan Negeri Selangor kesal dengan tatacara kelola Pemilihan Keadilan 2014 kali ini.

Sehingga kini terdapat beberapa cabang yang telah dibatalkan pemilihan antaranya Kuala Selangor, Subang, Kuala Langat dan Selayang.

Maklumbalas  awal yang diterima mendapati punca kekecohan di Pusat Mengundi adalah Daftar Pemilih yang dikeluarkan oleh JPP pagi ini tidak sama dengan Daftar Pemilih yang diberikan kepada Cabang Cabang.

Ramai nama yang tercicir dan berbeda dengan Daftar Keanggotaan yang diwartakan pada 15 Mac 2014.

Selain daripada itu terdapat juga pelbagai rungutan daripada cabang-cabang bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tiba lewat di pusat mengundi.

Selain daripada itu JPP juga seperti tidak bersedia menghadapi pemilihan 2014 kali ini apabila terdapat rungutan seperti kekurangan kakitangan yang mengendalikan pemilihan 2014 kali ini serta lebih memalukan kertas undi lewat sampai di tempat mengundi.

MPN juga melahirkan rasa kesal kerana sebahagian dari Pengawas Pusat tiba lewat di Pusat Mengundi dan menyebabkan kelewatan proses mengundi bermula.

Tatakelola JPP yang dilihat seperti melepaskan batuk ditangga. ini memalukan parti.

Diharap JPP segera membaiki kepincangan dalam Pemilihan  2014 agar proses demokrasi dapat dilaksanakan oleh anggota dan maruah parti dapat dikembalikan.

ZURAIDA KAMARUDDIN
TIMBALAN PENGERUSI NEGERI SELANGOR

One thought on “Pemilihan PKR 2014 Memalukan – Zuraida

  • May 12, 2014 at 10:11 pm
    Permalink

    harapan saya pada pemilihan PKR akan datang, kurangkan amarah anda…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.