PAS Tangguh Bentang Deraf Pelaksanaan Hudud

Kuala Lumpur – PAS akan menangguhkan pembentangan Deraf Pelaksanaaan Hudud Kelantan di Parlimen.

Pengesahan itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataan yang dibaca timbalannya, Mohamad Sabu, keputusan itu dibuat selepas parti bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Teknikal untuk dibawa ke Kerajaan Pusat.

“Ia adalah usaha antara kerajaan dengan kerajaan bukan daripada parti kepada parti” katanya di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Menurut Mohamad, keputusan PAS itu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 25 Mei ini.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa dibentuk bagi membincangkan isu berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.