Hudud : Brunei Dibuli Golongan Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender

Brunei terus menerima tekanan antarabangsa terutama media seperti CNN dan aktivis hak asasi manusia berhubung pelaksanaan undang-undang syariah di negara tersebut.

Antara tindakan yang diambil adalah memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei terutama di Amerika Syarikat (AS). Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut dihina, malah dijangkakan tekanan ke atas Brunei akan diperhebatkan.

Awang bersimpati dengan apa yang dialami oleh negara jiran itu. Walaupun Brunei berhak melaksanakan undang-undang tersebut di tanah air sendiri di samping penjelasan berserta hujah-hujah penuh merit kepada dunia luar, ia tidak dihiraukan.

Apa yang boleh ditafsir, semua tekanan itu bertujuan agar Brunei menarik balik pelaksanaan hudud.

Paling kuat menentang adalah kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang marah terhadap hukuman kepada peliwat serta lelaki berlagak menyerupai perempuan dan sebaliknya.

Mereka mempunyai gerakan lobi yang berpengaruh selain dibantu ‘tangan ghaib’.

Awang melihatnya sebagai tindakan membuli sebuah negara kecil berdaulat dengan berselindung atas nama hak asasi dan kebebasan.

Ia seperti satu pencerobohan asing ke atas sebuah lagi negara Islam.

Sepatutnya jika benar mahu menjulang hak asasi manusia, selamatkan terlebih dahulu rakyat Islam Palestin daripada penindasan dan kezaliman Israel yang sudah berkurun lamanya. Awang juga tidak nampak apa masalah undang-undang syariah di negara yang rata-rata penduduknya penganut Islam.

Di beberapa negara Arab dan wilayah autonomi Acheh, ia berjalan dengan baik sejak dahulu lagi.

Dalam hal ini, rakyat Brunei berhak bersuara membantah sebarang kecaman pihak Barat, itu juga prinsip demokrasi dan kebebasan yang perlu dihormati oleh dunia.

Apa pun, marilah kita mendoakan yang terbaik buat kerajaan dan rakyat Brunei dengan keyakinan bahawa mereka tidak akan tunduk kepada apa sahaja tekanan. – Utusan Malaysia

One thought on “Hudud : Brunei Dibuli Golongan Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender

  • May 11, 2014 at 2:36 pm
    Permalink

    CNN mengecam hebat tp news yg CNN bwk,byk yg palsu dr betul…perlu mcari keredhaan Allah drp kepuasan manusia..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.