Anak Brad Pitt Dapat Hadiah Potret Justin Bieber

Kerana minat anaknya, Pax, 10, terhadap Justin Bieber, pelakon Brad Pitt, 50, sanggup membelikan potret penyanyi itu yang dilukis oleh seorang artis jalanan.

Lukisan pada panel kayu yang dihasilkan oleh Bambi itu kemudiannya dihadiahkan kepada anaknya.

“Pax sangat meminati Justin dan Brad merasakan ia merupakan hadiah terbaik untuknya. Brad gemarkan gaya unik Bambi dan ini kali ketiga dia membeli hasil seninya.

“Apabila dia mengetahui Bambi menghasilkan lukisan Justin, dia tahu yang dia mesti mendapatkannya untuk Pax,” menurut sumber keluarga itu.

Selain Pax, Brad dan Angelina Jolie turut membesarkan Maddox, 12, Zahara, 9, Shiloh, 7, dan kembar Vivienne dan Knox, 5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.