Semua VIP juga dalam sistem kawalan sempadan – PM perjelas status Samsuri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa beliau juga dilabel di bawah Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kawalan tersebut turut dihadapi oleh semua orang kenamaan yang berada di negara ini.

“Saya pun ada, semua VIP pun ada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program ‘Meet Anwar@IIUM: A Special Homecoming di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Gombak pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud dan Pengarah UIAM Prof Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, lapor Utusan.

Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan mendakwa dirinya dilabel di bawah TCO oleh pihak berkuasa sejak pertengahan tahun lalu.

Beliau turut mendakwa telefonnya dipintas dan pergerakannya sentiasa dipantau walaupun atas urusan peribadi.

Katanya, TCO yang merujuk kepada Travel Control Office/Order dalam sistem keselamatan adalah satu bentuk penilaian terhadap mana-mana individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu meskipun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah.

Beliau mendakwa dirinya dilabel TCO dalam sistem kawalan sempadan oleh satu pihak cawangan khusus.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat