Lelaki Cuba Seludup Kura-Kura Hidup Dalam Seluar di Lapangan Terbang Newark

- Advertisement -

NEWARK — Seorang lelaki dari Pennsylvania mengejutkan pihak keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, New Jersey apabila dia dikesan cuba menyeludup seekor kura-kura hidup yang disorokkan di dalam seluarnya.

Menurut kenyataan dari Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), kejadian berlaku pada hari Jumaat apabila imbasan badan mengesan sesuatu yang mencurigakan di bahagian seluar lelaki tersebut semasa melalui pemeriksaan keselamatan.

Pegawai TSA kemudian menjalankan pemeriksaan fizikal dan menemui objek tersembunyi di kawasan kelangkang. Setelah disoal siasat, lelaki dari East Stroudsburg itu akhirnya mengeluarkan seekor kura-kura sepanjang 5 inci (12 sentimeter) yang dibalut dalam tuala kecil berwarna biru.

Lelaki itu memberitahu bahawa ia adalah kura-kura red-eared slider, spesies yang sering dipelihara sebagai haiwan peliharaan. Nama lelaki berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

Dia kemudiannya diiring keluar dari kawasan pemeriksaan oleh polis Port Authority dan terlepas penerbangannya. Pihak berkuasa turut merampas kura-kura tersebut, namun belum dipastikan sama ada haiwan itu milik lelaki berkenaan atau sebab dia menyembunyikannya di dalam seluar.

“Kami pernah menemui penumpang yang cuba menyembunyikan pisau dan senjata lain dalam pakaian atau bagasi mereka, namun ini adalah kali pertama kami menemui haiwan hidup disembunyikan di dalam seluar,” kata Thomas Carter, Pengarah Keselamatan Persekutuan TSA untuk New Jersey.

Tambah beliau, kura-kura tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan insiden itu kini masih dalam siasatan. Belum ada maklumat sama ada lelaki berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat