KPT Sambut Baik Cadangan PM Kaji Semula Kadar Pinjaman dan Pembayaran PTPTN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, untuk mengkaji semula kadar pinjaman serta terma pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam usaha membantu peminjam dan menangani isu hutang tertunggak yang tinggi.

Menurut kenyataan , KPT memaklumkan bahawa pihaknya menyedari keluhan para pelajar dan kini sedang meneliti kemampanan serta kedudukan kewangan PTPTN secara menyeluruh bagi tujuan kajian semula tersebut.

“KPT melalui institusi pengajian tinggi masing-masing turut peka dan menyediakan bantuan sewajarnya kepada pelajar yang berkeperluan dan menghadapi kesukaran sepanjang pengajian,”

Setakat ini, jumlah hutang keseluruhan PTPTN telah mencecah RM40 bilion, dengan RM11 bilion daripadanya merupakan hutang tertunggak. Bagi menangani perkara itu, PTPTN terus menawarkan pelbagai kaedah pembayaran balik yang lebih fleksibel dan tidak membebankan peminjam.

KPT menegaskan bahawa pendekatan yang diambil oleh PTPTN berasaskan nilai empati dan selari dengan prinsip Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI, demi memastikan akses kepada pendidikan tinggi di negara ini kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat