ZURICH, 11 April 2025 – Seorang ahli politik tempatan di Switzerland didenda 6,500 franc Swiss (kira-kira RM35,000) selepas membeli beberapa pistol air berwarna merah jambu secara dalam talian — yang didakwa melanggar undang-undang senjata negara itu.
Menurut laporan akhbar tempatan Aargauer Zeitung, Marc Jaisli, ahli majlis tempatan di bandar Buchs, barat Zurich, telah memesan pistol air itu pada Ogos lalu melalui platform e-dagang kos rendah popular, Temu, sebagai hadiah untuk anak-anak baptisnya.
Namun, pihak pendakwa menyatakan bahawa pistol air tersebut, walaupun berwarna merah jambu dan hanya tiruan, masih tertakluk di bawah undang-undang senjata Switzerland kerana bentuknya boleh mengelirukan dan disalah anggap sebagai senjata api sebenar.
Jaisli mengaku tidak mengetahui bahawa tindakannya itu merupakan satu kesalahan, tetapi bersetuju membayar denda dan menerima keputusan pihak berkuasa.