Bagaimana Anwar Nak Lawan Rasuah Jika Zahid Dilantik Sebagai TPM? – Pemuda PAS Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagaimana rakyat boleh meyakini seorang Perdana Menteri mahu melawan rasuah sekiranya beliau sendiri melantik Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan mereka yang mempunyai 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah?

Ketua Pemuda PAS Johor Ahmad Nawfal Mahfodz berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, “kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan”.

“Jika benar apa yang dilaporkan, maka ini adalah falasi terbesar kita dapat lihat dalam negara kita.

“Kami berpendapat, oleh kerana terlalu amat takut kehilangan kuasa khususnya jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibahim secara terburu-buru telah mencipta satu falasi yang hakikatnya akan memamah naratif politik beliau pada hari ini.

“Kami bersimpati dengan Perdana Menteri atas kenaifan beliau untuk memahami denyut nadi serta keresahan sebenar rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Nawfal menambah, apa yang menjadi keresahan buat orang awam, sebahagian besar NGO-NGO Melayu Islam, pemimpin-pemimpin politik serta rakyat di luar sana adalah isu pentadbiran Anwar yang tidak cekap, strategi ekonomi yang lesu.

“Selain janji reformasi yang dibakul sampahkan, intimidasi politik yang dikenakan kepada aktivis media sosial, layanan istimewa Perdana Menteri kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berhadapan dengan 47 dakwaan di mahkamah serta pelbagai isu lain yang memberi kesan kepada kepentingan awam.

“Kami secara jujur terlalu amat kecewa dengan prestasi pentadbiran Anwar yang morat marit serta tiada hala tuju yang jelas.

“Kami menasihatkan Perdana Menteri agar cukup-cukuplah menggunakan kuasa yang ada bagi membalas dendam, menekan pihak pembangkang melalui bayangan tuduhan yang tidak berasas, menekan pihak yang mengkritik kerajaan pada hari ini serta berkempen menggunakan falasi yang tidak cerdik seperti hari ini,” tegasnya.

Beliau menyalahkan Perdana Menteri agar beliau
bertaubat dan muhasabah diri di bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan ini.

“Anwar harus fokus bekerja untuk rakyat, laksanakan segala janji-janji yang diungkapkan dalam siri ceramah politik selama ini dan bantu rakyat hadapi tekanan kos sara hidup yang sangat menghimpit kehidupan mereka.

“Kalau bukan kerajaan yang ambil tanggungjawab, rakyat nak harapkan siapa lagi? Katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat