Netizen Dedah Kertas Putih FELDA Dah Ada Di Portal Parlimen Sejak Kelmarin

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna Twitter berkata Kertas Putih Felda dimuat naik di laman awam sehari sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, selepas menteri mahu tindakan keras diambil terhadap Najib Razak kerana memaparkan sebahagian dokumen itu di Facebook.

@Syahirsyhr berkata jika tindakan perlu diambil, maka kakitangan Parlimen perlu dikenakan tindakan kerana menyediakan dokumen itu di laman Parlimen.

“Sesiapa akses laman web Parlimen boleh muat turun Kertas Putih Felda,” katanya. “Kau bentang Kertas Putih Felda hari ini (semalam) tapi dah ada dalam Risalat Parlimen sejak semalam (kelmarin).”

Berita Berkaitan;-

Dedah Kertas Putih FELDA, Najib Akan Digantung Sebagai Ahli Parlimen?

Terdahulu, Azmin mahu tindakan keras diambil terhadap bekas perdana menteri kerana memaparkan sebahagian dokumen di Facebook kelmarin, walaupun dilarang (embargo) sehingga pagi semalam.

Menurut Peraturan Mesyuarat, mendedahkan rang undang-undang atau dokumen, sama ada secara penuh atau sebahagian, sebelum masanya, adalah menghina Dewan Rakyat.

Dokumen yang dicetak menyatakan ia tak boleh disiarkan sebelum 11.30 pagi. – FMT

2 thoughts on “Netizen Dedah Kertas Putih FELDA Dah Ada Di Portal Parlimen Sejak Kelmarin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.