Aksi TMJ Koyak Tisu, Netizen Kaitkan Sindiran Kepada Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Satu video yang tular dalam media sosial mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengoyakkan tisu mencetuskan pelbagai reaksi warga maya yang cuba meneka maksud disebalik tindakan itu.

Namun rata-rata pengguna media sosial percaya tisu yang dikoyak itu merujuk kepada Ketua Angkatan Muda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Boleh dikatakan ramai yang berkongsi video selama 23 saat itu memetik nama Syed Saddiq.

Syed Saddiq pernah dilaporkan mengalami kecederaan tisu badan setelah dikatakan dipegang bahunya oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 16 Februari lalu.

Disebabkan itu Papagomo didakwa di mahkamah, sekali gus membuatkan ramai pihak menyindir Syed Saddiq menyamakan Menteri Belia dan Sukan itu dengan tisu.

Syed Saddiq baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan keputusan kerajaan menarik diri daripada Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Isu Statut Rom menjadi pertikaian ramai pihak termasuk antara TMJ dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).- UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.